Usahawan Bumiputera digalak ceburi aktiviti ekonomi kitaran termasuk penghasilan makanan haiwan seperti dedak ayam daripada sisa hampas kelapa sawit menggunakan teknologi sedia ada.<br /><br />Kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ini akan dapat mengurangkan kebergantungan penternak kepada dedak import yang mengalami peningkatan harga ketika ini.